Thursday, April 2, 2009

Elemen Multimedia

Grafik
Grafik merupakan medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. Grafik merupakan lukisan atau gambar pegun yang statik serta tidak bergerak. Terdapat dua jenis bentuk grafik iaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Format fail yang mewakili grafik adalah GIF (Grafik Interchange Format), JPEG (Joint Photograhic Expert Group) dan GIF (Graphic Interchange Format)). Aplikasi yang digunakan dalam grafik mampu untuk menarik perhatian serta menimbulkan rasa ingin lebih mendekati cara penyampaian yang disampaikan melalui bahan grafik tersebut.
Grafik mempunyai elemen-elemen tertentu seperti garisan yang memberikan penekanan kepada sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Seterusnya dari segi bentuk yang mampu memberikan kesan khas dan minat kepada persembahan. Elemen seterusnya iaitu ruang yang memberi kesan yang baik kepada sesuatu paparan berperanan untuk mengibangi sesuatu persembahan agar seimbang serta tidak terlalu padat.
Video
Video adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. Video juga dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate. Semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.Video adalah merupakan satu medium yang berkesan untuk menyampaikan satu persembahan atau maklumat.
Video dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu video analog dan video digital.Video analog merupakan video yang diaplikasikan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, dan filem. Manakala video digital pula merupakan video yang diaplikasikan melalui isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik.
Audio
Elemen audio merujuk kepada rakaman bunyi, suara dan muzik yang mengeluarkan kesan bunyi daripada penghasilan gelombang melalui udara. Penggunaannya mampu menjadi daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang bagi memudahkan penerangan dan penjelasan kepada sesuatu makluamt atau informasi.

Thursday, February 5, 2009

Jenis tulisan



Kecantikan Hati Adalah Kecantikan Wanita Yang Utama
DO THE BEST AMONG THE BEST
YAKIN BOLEH!!!!
Sebusk-busuk Kambing Ada Harganya,
Sebusk-busuk Manusia Menghabiskan Duit Sahaja…
Tiada Gunung Yang tidak Boleh Di Daki

Monday, February 2, 2009

Penggunaan Teks





Penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang

1) Penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan



Perkembangan teknologi informasi beberapa tahun belakangan ini berkembang dengan pesat, sehingga dengan perkembangan ini telah mengubah paradigma masyarakat dalam mencari dan mendapatkan informasi yang tidak lagi terbatas sama ada melalui informasi daripada surat khabar, audio visual dan elektronik. Namun begitu terdapat juga sumber-sumber informasi lain yang merupakan salah satu saluran yang berinformasi terkini iaitu melalui jaringan Internet.

Salah satu bidang yang mendapat impak yang cukup tinggi dengan perkembangan
teknologi ini adalah dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan telah berkembang dengan baik dari segi penyampaian pengetahuan kepada pelajar-pelajar yang memberikan kemudahan dan kebaikan yang tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan dengan terhasilnya idea tentang E-Learning yang berunsurkan penyampaian pembelajaran menggunakan pelayar internet.


E-Learning bererti pembelajaran dengan menggunakan bantuan elektronik yang menggunakan komputer. Ia digunakan secara meluas dalam suasana pembelajaran khususnya pada peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti. E-Learning juga sering disebut sebagai 'on-line course'. Dengan bantuan E-Learning pelajar dengan mudah dapat mengambil nota atau menikmati kemudahan seperti menghantar e-mail kepada pensyarah sebagai tugasan pelajaran dengan mudah dan berkesan sekali.

Terdapat beberapa contoh yang boleh ditunjukkan di sini yang berkaitan dengan pengaplikasian multimedia dalam bidang pendidikan iaitu seperti:-

a) Computer-based Training (CBT)

CBT merupakan proses pendidikan berasakan komputer yang menggunakan bantuan media CD-ROM dan disk-based sebagai media pendidikan.Dengan memanfaatkan media
ini, sebuah CD ROM boleh memuatkan elemen-elemen yang berguna serta penting seperti video klip, animasi, grafik, suara, multimedia dan program aplikasi yang akan digunakan oleh peserta didik dalam pendidikannya.

Dengan CBT, proses pendidikan melalui bilik darjah masih dapat dilaksanakan dengan bantuan tersebut. Maka dengan itu, proses pendidikan akan berlangsung dengan sempurna dan berkesan.

b) Web-based training (WBT)

Web-based training (WBT) boleh didefinisikan juga seperti e-learning. Kaedah ini menggunakan komputer sebagai saluran untuk melayari internet. Pelajar dapat memperoleh maklumat yang berkaitan dengan hanya mengekses internet untuk membuat kajian atau ugasan pembelajaran.

Secara kesimpulannya penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan mendatangkan pelbagai faedah yang boleh membantu pelajar serta pendidik untuk menambahkan mutu pembelajaran secara pantas dan efektif.

2) Penggunaan multimedia dalam bidang perubatan

Penyelidikan aplikasi Realiti Maya (RM) turut merangkumi dunia perubatan dengan pelbagai aplikasi yang lain seperti pembedahan maya untuk tahap gangguan pada tahap minimum. Persekitaran maya ini telah dibangunkan oleh Institut Pusat Demonstrasi-Fraunhofer. Richard Sataver, di dalam suatu petikan yang bertajuk, "Update on Virtual Reality in Health Care: The New Future for Medicine and Surgery" telah menetapkan terdapat empat aspek penekanan penting yang perlu dibangunkan untuk tujuan aplikasi RM:
1) Bantuan sebelum dan semasa tatacara perubatan dan pembedahan ;
2) Pendidikan perubatan dan latihan;
3) visual pangkalan data bagi perubatan
4) pemulihan

Hospital abad ke-21 boleh dijadikan sebagai dunia sebenar pusat perubatan dengan menggabungkan alatan eletronik yang mempunyai hubungan di dalam ruang siber. Walaupun ia seperti fiksyen sains, namun pakar perubatan dan lain-lain pakar dari Universiti Iowa sudah mula membinanya. Mereka kini berada di pertengahan sebuah projek dan bercita-cita untuk membangunkan klon digital di kolej universiti sains kesihatan, perpustakaan, hospital, klinik, dan kurikulum perubatan. Arkitek "Hospital Maya" merancang membuat seluruh projek secara elektronik supaya mudah dicapai dalam bentuk suatu teks multimedia yang memiliki kandungan seperti pangkalan data, gambaran, audio, dan video. Matlamat jangka panjang mereka ialah menggunakan komputasi baru dan teknologi telekomunikasi untuk mengubah pendidikan perubatan dan penjagaan pesakit di Iowa dan dilain-lain tempat.

Hospital Maya bergantung pada suatu format pangkalan data yang popular iaitu “World Wide Web” yang mana membekalkan sebuah bahasa biasa untuk komputer bagi berkongsi maklumat multimedia. Dengan perisian betul, anda dapat melihat semua bahagian untuk Hospital Maya. Dr Jeffrey R Galvin, pengarah Hospital Maya, menyatakan bahawa prototaip ini direkabentuk untuk mempelawa capaian kepada maklumat terbaru dalam memberi perhatian kepada masalah yang perlu diambil berat seperti bidang perubatan ini.

Hospital Maya adalah sebuah contoh terutama yang menunjukkan bagaimana lebuhraya maklumat yang banyak sekali digunakan dalam pebagai sektor kini telah digunakan dalam sektor penjagaan kesihatan. Hospital Maya pada asalnya dirancang sebagai suatu cara memberi khidmat kepada warganegara Iowa dan menolong negeri tersebut dengan menghantar pakar perubatan di luar bandar. Tetapi projek itu akhirnya menjadi satu projek yang mampu memberi khidmat yang meluas dan dapat membantu membina "masyarakat perubatan yang maya". Sebahagian bantuan sebanyak $7.3 juta dari Perpustakaan Perubatan Nasional disalurkan ke makmal Iowa untuk kajian tentang teleperubatan yang terdapat di kawasan luar bandar. Hospital Maya akan membekalkan perkhidmatan pembelajaran secara on-line kepada pakar perubatan di luar bandar. Dana lain untuk projek tersebut datangnya dari Komputer Apple, Universiti Iowa, dan negeri Iowa.

Pangkalan data dalam masa yang terdekat ini akan melibatkan diagnosis algoritma, garis panduan latihan klinikal, formula farmasi, dan kuliah, catatan kursus, hubungan ke pangkalan data pesakit hospital, dan persidangan menggunakan video. Maklumat secara on-line daripada projek itu juga akan diwujudkan kepada pengguna dan kepada sistem persekolahan. Pesakit akan dapat menggunakan panduan pakar perubatan, mendapatkan bahan pendidikan kesihatan, atau memuat turunkan peta untuk mencari jalan ke pusat perubatan mereka.


Friday, January 9, 2009

HAiii....


Assalamualaikum warahmatullah..
Kehadapan pensyarah yang dihormati dan dikasihi selalu Pn. Syamsul Nurin....moga sihat dan ceria selalu disamping keluarga serta insan tersayang..
Untuk permulaan sekali ingin saya seperti yang terpapar di sebelah ini ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama sebenar saya ialah Nor Hazlina Bt. Md Isa. Saya merupakan pelajar semester enam yang sedang mengikuti program pengajian di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Komunikasi. Saya berasal dari Alor Star Kedah Darul Aman.

Saya merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kesemua adik-beradik saya semuanya masih bersekolah lagi kecuali abang sulung saya yang telah berkerja dan mendirikan rumah tangga. Bapa saya seorang tukang rumah manakala ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai keluarga yang sangat bahagia kerana kami saling menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sedikit sebanyak mengenai diri saya ialah saya merupakan seorang yang agak pemalu dan pendiam. Walaubagaimanapun sifat itu hanya kepada sesiapa yang saya tidak kenali sahaja tetapi sekiranya saya bersama dengan keluarga dan sahabat handai saya merupakan seorang yang ceria dan sentiasa memahami hati seseorang. Saya mempunyai prinsip hidup yang tertentu seperti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sunguh dan saya tidak suka menyusahkan orang lain dalam kehidupan saya dan biarlah orang lain yang menyusahkan saya janji dia bahagia.

Akhir sekali, matlamat utama dalam kehidupan ini ialah ingin menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan saya ingin buktikan kepada mereka yang saya akhir nanti akan berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan selamat menghadapi kehidupan yang mendatang.Amin...

Wassalam.